Kegiatan persundalan di negara ini bukan sahaja semakin licik bahkan sangat menjijikkan apabila sebuah laman sosial diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Cheongster yang membolehkan ahli-ahlinya bertukar-tukar pasangan seks.
Siasatan yang dilakukan dengan menyamar sebagai ahli laman sosial itu mendapati selain menawarkan khidmat seks oleh gadis-gadis tempatan dan luar negara, peserta komuniti Cheongster juga semakin ‘sakit otak’ apabila menggalakkan ahlinya berkongsi pasangan seks sama ada teman wanita, tunang atau isteri.
Bagi mendorong lebih ramai ahlinya mengamalkan perkongsian pasangan seks, Cheongster menawarkan satu ruangan khusus iaitu ‘Exchange’. Berdasarkan tinjauan, lebih 200 ‘posting’ mengenai pertukaran pasangan telah dimuat naik menerusi ruangan tersebut.
Siasatan selama hampir dua minggu itu mendapati, Cheongster yang sudah beroperasi sekitar dua tahun mempunyai lebih 500 orang ahli komuniti terdiri daripada lelaki hidung belang, wanita muda, ibu tunggal, wanita asing dan bapa ayam.
Malah, lebih mengejutkan, terdapat juga ruangan khas untuk golongan wanita terdiri daripada remaja dan penuntut institusi pengajian tinggi bagi mempromosikan perkhidmatan seks.
Uniknya, cara komunikasi ahli dalam laman sosial tersebut menggunakan kod rahsia khas berkaitan makanan bagi mewakili kaum tertentu seperti nasi lemak untuk wanita Melayu, bakso (Indonesia), capati (India), char kuetiau (Cina) dan tom yam (Thailand).
0 comments:
Post a Comment