My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 5 February 2018

    Kecermalangan SPAD Urus Pengangkutan Awam Darat Diperakui PM



    Hujung minggu lalu adalah hari yang mana, seluruh pekerja Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) terutamanya mereka yang menguruskan pengangkutan rel ETS, berdebar-debar menunggu reaksi balas yang akan di zahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Siapa sangka, buat julung-julung kalinya, beliau memilih untuk mencuba sendiri keselesaan dan kecekapan pengendalian tren ETS. Beliau menaiki tren berkenaan dari KL Sentral dan perjalanan beliau berakhir di Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

    Sepanjang perjalanan, beliau nampaknya cukup teruja dengan panorama dan kecekapan pengendalian tren ini. Malah, beliau tidak keberatan untuk bergambar dengan orang ramai yang turut menaiki tren yang sama dengan beliau.

    Keterujaan beliau dizahirkan lagi sebaik tiba di Tanjung Malim apabila melihat sendiri fasiliti stesen Tanjung Malim yang jauh berubah sebelum terbinanya ETS ini. beliau nampaknya cukup berpuas hati dengan apa yang beliau alami dan nikmati sepanjang perjalanan sehinggakan beliau tidak putus-putus tersenyum apabila melihat setiap satu fasiliti yang disediakan.

    Dalam komen ringkas beliau di laman sosial Twitter milik beliau, hanya satu perkataan menggambarkan perasaan beliau mengharungi perjalanan dari KL Sentral ke Tanjung Malim. Ungkapan "selesa" itu sudah cukup menggambarkan pengangkutan tren negara sudah mengalami transformasi yang cukup menakjubkan.

    Malah, beliau juga memberi bayangan bahawa pengangkutan ETS ini perlu dikembangkan seluas yang boleh agar dapat memberi keselesaan kepada penumpangnya kelak.

    Apa pun, sekalung tahniah buat semua yang terlibat dalam menjayakan trip singkat ini terutamanya pihak SPAD yang diperakui sebagai berjaya menerajui perubahan dan transformasi pengangkutan rel di negara ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kecermalangan SPAD Urus Pengangkutan Awam Darat Diperakui PM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top