Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan dua individu iaitu ketua jurutera merangkap pemangku Timbalan Pengarah JKNS, 58, dan jurutera, 39, dibebaskan tanpa sebarang syarat. Mahkamah membuat keputusan itu setelah meneliti permohonan reman baharu SPRM terhadap kedua-dua suspek berkait rapat dengan hasil siasatan dan laporan yang terdahulu.
Kedua-dua suspek ditahan di pejabat SPRM di sini antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang semalam sejurus dibebaskan bagi membantu siasatan laporan baharu berkaitan projek JKNS melibatkan beberapa syarikat bernilai RM56juta.
Laporan baharu itu diterima SPRM sepanjang kedua-dua suspek ditahan reman sejak 22 Jan hingga semalam. Kes disiasat mengikut Sekyen 17(a) Akta SPRM 2009. Pendakwaan dikendalikan Pegawai SPRM Mohd. Faliq Basirudin manakala barisan peguam diwakili Sugumar Balakrishnan dan Edward Paul.
Dalam prosiding berasingan, tempoh reman terhadap seorang kontraktor berusia 60 tahun dilanjutkan selama dua hari bermula esok bagi membantu siasatan terhadap salah laku rasuah melibatkan projek JKNS antara tahun 2012 hingga 2017. Sehingga kini SPRM telah menahan tujuh suspek dengan empat daripada mereka telah bebas dan tiga masih ditahan reman.
0 comments:
Post a Comment