My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 5 February 2018

    Tiga Sampel Anjing Di Julau Positif Rabies



    Tiga sampel daripada anjing di daerah Julau telah disahkan positif Rabies oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Ipoh, Perak. 

    Ketua Kesihatan Awam Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr. Cheong Yaw Liang berkata, kes pertama positif rabies melibatkan anjing yang ditangkap dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau No. 2 pada 31 Disember 2017.

    Dua kes lagi membabitkan anjing berkeliaran yang ditangkap di tepi jalan Rumah Paing, Km 19 Jalan Kelupu-Julau-Durin (KJD) dan di Jalan Julau/Entabai (kira-kira dua kilometer dari Pekan Julau) pada 8 Januari lepas. Beliau berkata, setakat ini, belum ada kes jangkitan virus rabies melibatkan manusia di daerah itu.

    Penolong Pegawai Veterinar, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sarikei, Mathew Joan Sigai berkata, pihaknya telah memberi suntikan vaksinasi anti-Rabies terhadap anjing-anjing dalam kawasan 10 kilometer radius daripada ketiga-tiga anjing yang positif Rabies itu. "Sekarang kerja-kerja vaksinasi terhadap anjing-anjing sudah selesai," katanya kepada Bernama di sini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Sampel Anjing Di Julau Positif Rabies Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top