Hampir seluruh dunia hari ini mengalami masalah menempatkan pesalah-pesalah mereka di penjara. Ini kerana kesesakan banduan yang mendiami penjara di seluruh dunia bukan lagi menjadi satu rahsia kepada penduduk dunia. Malah ada negara yang menghadapi masalah kekurangan warden penjara akibat banyaknya banduan mendiami penjara.
Namun lain pula yang berlaku di Belanda. Kerajaan negara berkenaan pening memikirkan nasib pengawal penjara negara berkenaan kerana Belanda kini menghadapi masalah kekurangan banduan yang meruncing. Ini memaksa kira-kira 250 orang warden penjara hidup dalam keadaan tanda tanya mengenai masa hadapan dan kerjaya mereka.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan Belanda dilaporkan telah menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Norway untuk "membekalkan" banduan mereka untuk ditempatkan kedalam penjara di Belanda. Menurut perjanjian ini, Norway akan membekalkan kira-kira 250 orang banduan setahun bermula tahun ini untuk tiga tahun yang akan datang.
Nyata, berita ini cukup melegakan kesemua warden dan pengawal penjara di negara berkenaan. Apa sebenarnya sudah berlaku? Adakah Belanda merupakan negara bebas jenayah di dunia?
Sebenarnya, Belanda mengamalkan pendekatan liberal dalam melayan pesalah jenayah di negara mereka demi menjaga keadilan sosial. Malah, para hakim di negara berkenaan juga amat jarang menjatuhkan hukuman penjara, sebaliknya, lebih memilih hukuman kemasyarakatan, bukan hukuman penahanan untuk tempoh tertentu.
Malah penjara di Belanda juga dilihat saling tidak tumpah seperti chalet-chalet atau apartmen bagi kita di Malaysia. Penjara negara berkenaan dilengkapi dengan spa, ruang tahanan yang besar, katil dan tilam, sauna, gelanggang tenis, kemudahan televisyen dan juga dikawasan yang lebih nyaman.
Menarik bukan?
0 comments:
Post a Comment