My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 22 March 2016

    Percintaan Bloom Dan Katy Perry


    Khabar angin pelakon kacak Orlando Bloom bercinta dengan penyanyi Katy Perry timbul Januari lalu selepas mereka kelihatan berseronok bersama pada parti anugerah Golden Globes 2016. Walaupun tidak mengumumkan percintaan mereka di laman sosial seperti selebriti lain, pasangan berkenaan dikatakan sudah menjadi kekasih selepas kelihatan berpegangan tangan di Hawaii, baru-baru ini. 

    Baru dua bulan berkenalan, hubungan pasangan itu dikatakan sudah serius berikutan Bloom, 39, membawa Perry, 31, bertemu ibunya di London, minggu lalu. Menurut portal The Mirror, pelakon Lord of The Rings itu membawa ibu dan kekasihnya menjamu selera di pub Stag and Huntsman berhampiran kediamannya di Buckinghamshire.

    Sudah tentu kehadiran kedua-dua selebriti itu mencuri perhatian pelanggan di pub berkenaan walaupun mereka berpakaian kasual. Biarpun kehadiran Perry diterima baik ibu Bloom, pelakon itu mengakui belum bersedia bertemu dengan ibu bapa kekasihnya.

    The Independent melaporkan sumber mendedahkan Bloom gementar bertemu keluarga Perry dan situasi itu membuatkan penyanyi terbabit tertekan. “Ibu bapa Perry sangat penting baginya dan penyanyi itu sukar memahami mengapa Bloom enggan bertemu mereka.

    “Sebenarnya Bloom gementar sebab bimbang akan beri tanggapan buruk mengenainya kepada ibu bapa Perry,” katanya.

    Tambah sumber itu lagi, punca lain mungkin disebabkan perbezaan agama Bloom dan keluarga Perry. “Bloom mempercayai agama Buddha manakala ibu bapa Perry penganut Kristian yang taat,” katanya.

    Perry pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak Russell Brand pada 2010, namun pasangan itu bercerai dua tahun kemudian. Ibu bapa Perry dikatakan terlalu gembira dengan perpisahannya dengan Brand. Bloom pula bercerai dengan model Australia, Miranda Kerr pada 2013 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

    Mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lima tahun.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Percintaan Bloom Dan Katy Perry Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top