Lelaki berusia 50-an itu ditahan di Balai Polis Salak Tinggi, Sepang, Selangor ketika dia hadir membuat laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.12 petang kelmarin.
Sebaik ditahan, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan disiasat oleh pegawai trafik di IPD tersebut. Polis juga menyita treler itu dan sekarang ia diletakkan di Balai Polis Malim di sini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten, Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, treler 14 tayar semasa kejadian tanpa muatan milik sebuah syarikat pengangkutan yang berpangkalan di utara tanah air. Menurut beliau, lelaki yang berasal dari Kedah itu memberikan kerjasama baik semasa dia ditahan dan disiasat.
0 comments:
Post a Comment