My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 March 2016

    Bekas Pegawai KBS Pula Ditahan


    Seorang pegawai kerajaan yang pernah berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 30 Mac ini bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana kerajaan bernilai RM107 juta. 

    Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di sini semalam. Lelaki berusia 43 tahun itu sebelum ini berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebelum berpindah ke sebuah kementerian lain kira-kira sebulan lalu.

    Dia ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipanggil memberikan keterangan pada petang kelmarin.

    Pada masa sama, SPRM turut memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman tiga lagi individu membabitkan Setiausaha Bahagian Kementerian Belia dan Sukan serta dua kontraktor selama tujuh hari lagi sehingga 30 Mac depan. Tempoh tahanan reman selama tujuh hari ketiga-tiga mereka sebelum ini tamat semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas Pegawai KBS Pula Ditahan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top