My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 24 March 2016

    Kes Amukan Prebet Adam, Apa Sebenarnya Yang berlaku?



    Begitu ramai para pentaksub Tun Dr Mahathir Mohamed melompat apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim meluahkan apa yang terbuku di hati baginda berikutan tindakan Tun M yang semakin giat mahu memporak perandakan pentadbiran negara menerusi beberapa tindakan bodoh beliau.

    Menerusi tulisan baginda di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers kelamarin, baginda hanya mahu mengingatkan rakyat negeri Johor supaya tidak mudah termakan dengan tipu helah mereka yang berniat jahat mahu memecah belahkan perpaduan serta kerukunan rakyat negeri Johor dan rakyat Malaysia amnya.

    Namun terdapat segelintir pentaksub Tun M ini yang melompat sehingga sanggup mengheret insiden amukan Prebet Adam di Chow Kit kira-kira 29 tahun yang lalu. Malah, ada yang begitu biadab mengaitkan amukan ini dengan tindakan seorang kerabat Istana Johor yang memukul sehingga mati adik Prebet Adam sehingga mendorong dia mengamuk pada masa itu.

    Persoalannya, adakah benar dakwaan ini? Jika tidak, kenapa sanggup mengheret Istana kedalam ketaksuban dan kebodohan diri sendiri?

    Kejadian pada 18 Oktober 1987 ini sebenarnya berpunca daripada permasalahan dalaman Prebet Adam itu sendiri. Tindakan beliau yang melepaskan beratus-ratus tembakan dan membakar sebuah stesen minyak di Chowkit pada masa itu bukanlah disebabkan oleh tindakan mana-mana kerabat Kesultanan negeri Johor seperti yang berlegar di laman-laman blog picisan.

    Malah, dakwaan sesetengah pentaksub Tun M  yang mengatakan kerabat Kesultanan negeri Johor yang mengakibatkan insiden ini juga jelas tidak masuk akal.

    Dalam kejadian yang meragut nyawa Allahyarham Che Soh Bin Che Mahmud ini sebenarnya berpunca daripada tindakan buli yang keterlaluan oleh senior-senior di kem tentera, tempat Prebet Adam tinggal pada ketika itu. Siapa yang tidak tertekan jika setiap hari dia dibuli secara mental dan fizikal oleh anggota senior sehingga ketahap dipaksa melakukan seks oral?

    Malah, Prebet Adam juga bukanlah anak jati Johor. Dia berasal daripada sebuah keluarga susah di Pulau Pinang. Malah, ketika kejadian, umur dia masih muda, dalam lingkungan 20 hingga 21 tahun. Jika dalam umur begini, bayangkan berapa umur adiknya yang dikatakan menjadi kedi golf untuk kerabat Di Raja Sultan Johor pada ketika itu. Itu pun sudah menampakkan betapa tidak logik andaian yang tersebar selama hari ini.

    Hasil tindakan amuk Prebet Adam dengan menggunakan rifal M16 ini, dia langsung tidak dihantar kepenjara. Dia hanya ditempatkan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan baru sahaja dibebaskan setelah kondisi mentalnya disahkan sudah pulih sepenuhnya. Bayangkan berapa lama Prebet Adam mengalami trauma dahsyat sehingga terpaksa mendiami Hospital Bahagia selama lebih 20 tahun.

    Jadi untuk mereka yang amat suka mengaitkan perkara ini dengan Kesultanan Johor, hentikan tindakan biadab ini. Keluarga Kesultanan Johor tidak pernah terbabit atau terkait dengan amukan Prebet Adam. Malah berhentilah menjadi penyebar aib orang kerana lebih 20 tahun lamanya, Prebet Adam terkurung dalam emosinya sendiri.

    Cukuplah sejarah Prebet Adam yang dibuli secara mental dan fizikal terkubur di Chowkit. Usah menjadi binatang yang menyambung semula insiden buli terhadap Prebet Adam. Politik adalah politik. Namun jika bersikap seperti ini, tiada bezanya antara pentaksub dan binatang.

    Cukuplah negara telah melihat betapa bangsatnya penghina Sultan Johor, ALi Abdul Jalil dan kakaknya yang kini sedang merempat di Sweden sekarang. Jika tidak kerana Tun M yang menurunkan kuasa Sultan-Sultan, sudah tentu, binatang-binatang ini tidak muncul di Malaysia hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes Amukan Prebet Adam, Apa Sebenarnya Yang berlaku? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top