My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 March 2016

    Empat Puluh Suspek Diminta Serah Diri


    Polis Johor mengeluarkan senarai 40 individu termasuk dua wanita yang dicari bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah yang berlaku dalam tempoh 2010 hingga 2015. 

    Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, senarai nama dan wajah 40 individu itu merupakan rakyat tempatan dan mereka diperlukan bagi membantu siasatan kes-kes jenayah yang berlaku dalam daerah Kluang.

    “Mereka yang dicari itu datang dari beberapa buah negeri dan diperlukan untuk membantu menyelesaikan pelbagai kes jenayah yang berlaku di Kluang dalam tempoh lima tahun lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Menurut beliau, berdasarkan senarai tersebut, dua daripada empat wanita yang dicari bagi membantu siasatan ialah M. Ageneswary, 26, melibatkan kes bunuh dan Kamaliana Mamat, 28, membabitkan kes men­dera kanak-kanak.

    Seterusnya polis turut menyenaraikan dua lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tiga individu dicari bagi membantu kes rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Empat Puluh Suspek Diminta Serah Diri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top