My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 27 March 2016

    PLKN 2.0 : Transformasi Memperkasakan Belia Negara



    Pada 7 Julai 2003, Dewan Negara telah meluluskan Rang Undang-Undang perlaksanaan Program Khidmat Negara dan Akta Latihan Khidmat Negara 2003. Semuanya bermula pada 30 Oktober 2002 apabila sebuah Jawatankuasa Kabinet mengenai Kerahan Tenaga dibentuk dalam Mesyuarat Kabinet untuk mengkaji keperluan perlaksanaan Kerahan Tenaga.

    Sebaik sahaja Rang Undang-Undang ini diluluskan oleh Dewan Negara, pada tahun berikutnya, siri pertama pengambilan pelatih PLKN pada tahun 2004 bermula dengan kira-kira 20,000 orang pelatih perintis dipilih dari seluruh negara secara rawak yang melibatkan kira-kira lebih 50 pusat latihan di seluruh negara.

    Dari tahun ketahun, program ini ditambah baik oleh kerajaan bagi membolehkan semua modul latihan sentiasa mengikut peredaran zaman dalam melahirkan golongan belia lepasan SPM negara berdisiplin dan berdaya saing.


    Namun begitu, tidak semua yang dirancang itu berjalan dengan lancar. Pelbagai permasalah timbul setelah perlaksanaan program ini memasuki usia 8 hingga 10 tahun. Ini menjadikan program ini terpaksa dinilai semula oleh kerajaan bagi memastikan modul dan system latihan yang ditetapkan sentiasa kekal relevan untuk membangunkan sahsiah anak muda.

    Setelah ditangguhkan hampir setahun, Sabtu lalu menjadi saksi, perlancaran semula Program Latihan Khitmat Negara 2.0 (PLKN 2.0) dilakukan di seluruh negara. Untuk siri 13 pada tahun ini, ianya dilancarkan selama 3 hari bermula 26, 27 dan 28 Mac dengan melibatkan kira-kira 20,000 pelatih di seluruh negara.

    Program kali ini dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Lathihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid di Malacca International Trade Centre (MITC) Sabtu lalu. Menurut satu kenyataan, program pada tahun ini melibatkan 95 tempat berkumpul dan melibatkan penggunaan sebanyak 728 buah bas dari 81 kem PLKN di seluruh negara.

    Sesuai dengan transformasi program latihan ini, PLKN 2.0 pada tahun ini juga menampakkan perubahan dalam beberapa aspek samada dari segi modul dan pengambilan para peserta bagi menyertai PLKN 2.0 pada kali ini.

    Berbeza dengan pengambilan pelatih pada program sebelum ini yang dipilh secara rawak sepenuhnya, kali ini para peserta yang hadir atas kerelaan masing-masing atau dalam erti kata lain secara sukarela.

    Menurut Datuk Ehsanuddin ketika ditemui semasa sidang akhbar perlancaran program ini di MITC lalu, semua pelatih telah dikenal pasti oleh pihak sekolah dimana kesemua nama pelatih disaring samada dari segi kelayakan, fizikal, kesihatan dan mental sebelum nama mereka di hantar kepada Kementerian Pendidikan untuk di serapkan kedalam program ini.

    Berbeza dengan program sebelum ini, para pelajar sudah digalakkan untuk menyertai program ini sejak mereka berusia seawall 13 tahun lagi. Ini menjadikan para pelajar yang hadir ke program ini mendapat pendedahan awal diperingkat sekolah sebelum menyertai program sukarela ini.


    Untuk ini, menurut beliau lagi, Kerajaan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya RM 1 juta hanya untuk pengiklanan senarai nama peserta seperti sebelum ini. Malah dengan cara ini, program ini mencapai sasaran yang jauh lebih besar daripada sebelum ini. 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PLKN 2.0 : Transformasi Memperkasakan Belia Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top