My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 23 March 2016

    Ladang Babi Ternak Buaya Tanpa Lesen


    Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya membongkar ke­giatan menternak 16 ekor buaya pelbagai saiz tanpa lesen dalam satu serbuan di sebuah ladang ternakan babi yang beroperasi di Jalan Sungai Pinang, Bau dekat sini kelmarin. 

    Dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun yang dipercayai pemilik ladang ternakan babi tersebut.

    Komander Briged PGA Sarawak, Datuk Isa Munir berkata, kesemua reptilia ganas yang berukuran antara tiga hingga enam meter panjang itu dikatakan diternak di ladang ternakan babi tersebut sejak kira-kira 20 tahun lalu.

    Menurutnya, siasatan awal mendapati, buaya spesies air masin itu diternak untuk melupuskan bangkai babi di ladang yang menternak kira-kira 3,000 ekor babi di situ.

    “Siasatan lanjut mendapati, pemilik ladang ternakan babi itu dikatakan melupuskan bangkai babi dengan memberikan haiwan ternakan itu kepada reptilia tersebut bagi menjimatkan masa tanpa perlu ditanam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ladang Babi Ternak Buaya Tanpa Lesen Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top