Keinganan seksual kadangkala tidak dapat difahami dengan sepenuhnya. Ini kerana, setiap manusia yang di muka bumi ini pastinya disertakan dengan nafsu untuk memuaskan dirinya sendiri. Namun begitu, terpulang kepada empunya diri untuk mengawal godaan nafsu berkenaan.
Dalam hal ini, lain pula tabiat seorang lelaki di Amerika Syarikat. Dia memilih untuk berkahwin dengan patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun. Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan harga AS$6,000 (RM19,566).
Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata, warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu. Menurut Davecat, hasil ukirannya benar-benar mengagumkan dan dia bagai jatuh cinta pandang pertama apabila melihat hasilnya.
Untuk rujukan, RealDoll adalah sebuah kilang pengeluar patung berunsur seks di Amerika. Secara zahirnya. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat halus walaupun diperbuat daripada silikon. Malah, Davecat bertindak melayan patung berkenaan seperti pasangan hidupnya dimana dia akan sentiasa mengambil berat segala "keperluan zahir dan batin" patungnya itu.
Menurut Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70 peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Namun begitu, sebagai seorang lelaki, dia juga tidak dapat mengelak untuk berlaku "curang" dengan Sidore. Dia mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.
Dia turut berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan. Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai sesuatu yang jauh lebih bermakna.
Paling menarik, dia juga turut mempunyai satu lagi patung seks yang dilabelkannya sebagai patung simpanan. Patung berkenaan yang dibelinya dari Russia dan dinamakan sebagai Elena yang turut menjadi teman kepada Sidore apabila dia keluar bekerja.
Macam-macam manusia sekarang ini...
0 comments:
Post a Comment