Hubungan akrab antara Malaysia dan India bukan lagi satu perkara yang rahsia. Sejak berkurun lamanya, Malaysia dan India adalah dua buah negara yang begitu erat samada menerusi perdagangan mahupun sosio budaya penduduk kaum India di negara ini.

Harus diakui bahawa, selain China, India mempunyai potensi besar sebagai pasaran penerbangan awam dan ditangga ke sembilan terbesar didunia. India juga menawarkan nilai pasaran sebanyak USD $ 16 bilion dimana, negara ini diramal bakal menjadi pasaran penerbangan awam ketiga terbesar di dunia menjelang tahun 2020.
Ini sesuai dengan usaha berterusan kerajaan untuk membangunkan sektor penerbangan awam dan India dilihat mempunyai potensi untuk membantu hasrat kerajaan ini. Sehingga kini, pengendali syarikat penerbangan Malaysia seperti Malaysia Airlines Berhad (MAB) Air Asia, Air Asia X dan Malindo Air, menawarkan 24 penerbangan ke 24 destinasi di seluruh India.
Ini merangkumi enam Bandar utama iaitu Delhi, Kolkota, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Hyderabad. Selain itu, sebanyak 18 bandar-bandar lain turut tersenarai dalam perkhidmatan penerbangan awam negara seperti Goa, Jaipur, Port Blair, Kochi, Ahmedabad, Tiruchirappalli dan lain-lain lagi.

Malah, Kementerian Pengangkutan juga berhasrat untuk menambah destinasi penerbangan ke lapan Bandar lain seperti Coimbatore, Madurai, Pune, Vijayawada, Mangalore, Surat, Chandigarh dan Srinagar.
Menurut kenyataan yang sama, Datuk Seri Liow juga turut menzahirkan penghargaan kerana dapat mewakili rakan-rakan Menteri Pengangkutan ASEAN di mana Malaysia mengetuai Rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN dan India yang bertujuan mencapai perjanjian langit terbuka bersama India.
0 comments:
Post a Comment