Boleh dikatakan hampir kesemua negeri-negeri di Pantai Timur khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang boleh dihubungi menerusi jaringan landasan keretapi yang pada kebiasaannya dihubungi oleh mel-mel biasa yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Ini kerana, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) akan membuat tinjauan orang ramai di sepanjang jajaran negeri-negeri di Pantai Timur bagi mendapatkan reaksi orang ramai berhubung kemungkinan membangunkan East Coast Rail Line (ECRL) di sepanjang negeri-negeri Pantai Timur.

Untuk itu, orang ramai dipelawa untuk melawat laman web SPAD di www.spad.gov.my/ecrl untuk menyalurkan sebarang informasi dan cadangan serta mendapat maklumat lanjut berhubung projek ini.
0 comments:
Post a Comment