My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 March 2016

    Pertimbang Insentif Terbaik Demi Pembangunan


    Kerajaan bersedia menimbangkan pelbagai insentif menarik termasuk insentif cukai bagi memacu projek pembangunan di Bandar Malaysia. Perdana Menteri 

    Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited memastikan projek berkenaan yang akan dibangunkan syarikat China Railway Group Limited (CREC) bersama rakan kongsinya dari Malaysia, Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dapat dijayakan seperti dirancang.

    Beliau berkata, pengumuman oleh CREC untuk melabur AS$2 bilion (RM8.14 bilion) bagi membina kompleks bersepadu di Bandar Malaysia sebagai pejabat serantau syarikat itu jelas membuktikan keyakinan tinggi syarikat multinasional (MNC) terhadap prospek ekonomi Malaysia pada masa depan.

    Keduanya, kata beliau, ia juga menunjukkan keakraban hubungan antara negara ini dan China sejak sekian lama termasuk dalam perdagangan dan pelaburan.

    “Ketiganya, ia juga bermakna sebuah syarikat seperti CREC memutuskan untuk bergerak (membuat pelaburan), mereka bergerak dengan cepat. Jadi, kita perlu memberi reaksi dengan cepat,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pengumuman Pelaburan Baru CREC di sini, semalam.

    Hadir sama Duta China Ke Malaysia Dr Huang Huikang, Presiden CREC Zhang Zhong Yan, Naib Pengerusi Eksekutif IWH Tan Sri Lim Kang Hoo dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin.

    Perdana Menteri berkata, pengumuman strategik itu hadir tiga bulan selepas kejayaan syarikat terbabit melalui konsortium IWH-CREC membida untuk mengambil alih 60 peratus ekuiti dalam projek Bandar Malaysia daripada 1MDB Real Estate dengan nilai RM7.41 bilion.

    Sehubungan itu, beliau mahu kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan membantu syarikat terbabit termasuk pemberian kelulusan berkaitan bagi melancarkan projek.

    Menurut Najib, projek Bandar Malaysia adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan pelaburan swasta yang akan memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Katanya, kerajaan mengalu-alukan pelaburan dari China yang meningkat dalam tempoh tujuh tahun lalu.

    “Pada tahun lalu saja Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 4,887 projek yang mewujudkan 180,240 peluang pekerjaan.

    “Selain itu, pelaburan langsung asing (FDI) dari China dan Hong Kong meningkat tahunan 22 peratus dalam tempoh tujuh tahun, sekali gus menjadi satu daripada sumber FDI utama negara,” katanya.

    Sementara itu, Perdana Menteri menyifatkan projek Bandar Malaysia adalah mercu tanda sebenar pembangunan kota metropolitan Kuala Lumpur. Katanya, berdasarkan lakaran artis pembangunan
    Bandar Malaysia pada masa depan adalah bersepadu termasuk pembangunan bandar bawah tanah terbesar di dunia, bangunan pencakar langit serta lengkap pelbagai kemudahan pejabat kewangan dan pusat komersial, kemudahan pusat beli-belah dan pelancongan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pertimbang Insentif Terbaik Demi Pembangunan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top