My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 March 2016

    Nahas Maut, Saksi Dimohon Tampil

    PARAH: Anggota paramedik memberi rawatan kecemasan kepada penunggang motosikal yang cedera parah dalam kemalangan tersebut.

    Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching memohon orang ramai atau saksi bebas kemalangan maut di Jalan Tun Razak di sini tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan kes tersebut. 

    Kemalangan melibatkan dua motosikal berkuasa tinggi itu berlaku sekitar jam 1 pagi semalam dan mengakibatkan seorang daripada penunggangnya, Timothy Essau Indit berusia 27 tahun maut di tempat kejadian.

    Manakala seorang lagi penunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan parah dan masih dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS). IPD turut menggesa orang ramai atau saksi kemalangan tersebut menghubungi Inspektor Samsil Akai menerusi talian 013-3526543 atau 082-221127 untuk tindakan selanjutnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nahas Maut, Saksi Dimohon Tampil Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top