My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 17 March 2016

    Kenapa Perlu Menolak MCA Dari Barisan Nasional?



    Siapa dapat menolak kewujudan Malaysian Chinese Association (MCA) sebagai salah satu daripada parti komponen terpenting didalam Barisan Nasional. Parti yang diwujudkan pada 27 Februari 1949 ini (kira-kira 3 tahun selepas kewujudan UMNO) ini pada awalnya memperjuangkan untung nasib dan suara kaum Cina di Malaysia. 

    Berasal daripada idea bernas Mediang Tun Tan Cheng Lock yang pada ketika itu bersahabat baik dengan Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman, beliau berpendapat, adalah amat wajar satu persatuan yang menghimpunkan suara kaum Cina di Malaysia di bawah satu persatuan. Sebagai langkah pertama, beliau bersetuju untuk menyertai Perikatan bersama-sama UMNO dan MIC.

    Mengenjak masa hampir 70 tahun kewujudannya di Malaysia, setelah bersilih ganti Presiden yang mentadbir MCA, hari ini suara MCA dilihat semakin dipinggirkan oleh kaum Cina yang lain. Malah sudah ada dikalangan parti komponen Barisan Nasional yang lain mempersoalkan, apa relevannya MCA terus kekal didalam Barisan Nasional hari ini.

    Benar, dalam dua Pilihan Raya Umum yang lalu, prestasi MCA dilihat agak merudum berbanding masa lalu. Namun, ianya bukan petanda, MCA tidak lagi relevan dengan arus politik masa kini. Masalah yang dihadapi MCA hari ini adalah sama, berhadapan dengan pembangkang dan lebih parah, mereka berhadapan dengan dakyah songsang yang ditebarkan oleh DAP.

    Seperti UMNO yang berhadapan dengan PAS dan PKR, begitu jugalah MCA. Seperti sedia maklum, DAP akan menggunakan segala tipu daya mereka untuk memesongkan perhatian kaum Cina dari terus menyokong MCA. Mereka menyebarkan dakyah kononnya MCA membiarkan kaum Cina menjadi kaum kedua di Malaysia dan membenarkan UMNO terus menguasai kerajaan.

    Hakikat yang ramai kaum Cina gagal untuk melihat, selama lebih 50 tahun MCA menjadi wadah suara kaum Cina di Malaysia, komposisi kaum bukanlah suatu perkara yang sentiasa menjadi wadah perjuangan untuk menarik undi bagi kaum Cina.

    Apa yang diperjuangkan oleh MCA adalah mengekalkan tampuk kuasa secara bersama antara semua parti komponen yang ada didalam Barisan Nasional. Jika ada yang mengatakan ada diantara pemimpin MCA sendiri bersuara seperti menyebelahi pembangkang, ianya merupakan satu perkara yang normal dalam sesebuah parti politik.

    Lihat sahaja MIC, UMNO dan lain-lain lagi. Perbezaan pendapat tidak dapat kita elakkan. Namun apa yang paling utama, kekuatan dalaman parti harus diberikan perhatian terlebih dahulu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kenapa Perlu Menolak MCA Dari Barisan Nasional? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top