My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 March 2016

    Mudah Bagi Skuad Piala Thomas, Getir Bagi Skuad Piala Uber



    Jika suku akhir menjadi sasaran awal Malaysia dalam Piala Thomas di Kunshan, China, Mei ini, peluang pasukan negara untuk memenuhi misi tersebut cerah selepas diundi dalam kumpulan yang sama dengan Korea Selatan, Jerman dan England. 

    Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan menempatkan diri dalam peringkat lapan terbaik, dan di atas kertas hanya Korea mampu menjadi penghalang terbesar skuad negara dalam Kumpulan B. Begitupun, seandainya Malaysia memasang misi lebih besar iaitu sekurang-kurangnya me­ngulangi pencapaian layak ke final seperti dua tahun lalu, jelas perjalanan mereka tidak mudah.

    Sekalipun berjaya mara ke suku akhir selaku juara kumpulan, ia tidak menjamin laluan mudah untuk mencari tiket ke separuh akhir, begitu juga dengan muncul naib juara kumpulan. Semua pasukan yang layak ke suku akhir akan berdepan proses undian semula untuk menentukan siapa lawan mereka.

    Juara setiap kumpulan tidak akan bertemu sesama sendiri, itu bermakna pencabar mereka adalah naib juara kumpulan. Memandangkan juara sembilan kali, China dan juara bertahan, Jepun diundi dalam Kumpulan A, bermakna salah satu daripada dua gergasi badminton ini akan menjadi calon untuk menentang Malaysia di suku akhir.

    Malah, pasukan negara juga berpotensi mengulangi pertemuan dengan Korea atau diuji Indonesia. Jurulatih beregu negara yang juga pemenang Piala Thomas 1992, Cheah Soon Kit mengakui, Malaysia tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir kerana hanya Korea dilihat cabaran paling sukar dalam saingan kumpulan.

    Namun, mereka perlu memiliki beregu yang mantap sekira­nya ingin menjadi juara kumpulan atau melangkah lebih jauh. “Bukan saya kata pasukan lain mudah tetapi secara keseluruhan kita berpeluang mengatasi Jerman dan England.

    “Fokus awal kita ialah menewaskan Korea, kita tahu mereka ada beregu yang kuat dan berada dalam kelompok lapan terbaik dunia. Untuk tewaskan mereka, Malaysia perlu ada beregu yang kuat,” kata Soon Kit.

    Ketika ini, hanya Datuk Lee Chong Wei dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong hampir pasti akan mengetuai cabaran Malaysia dalam kejohanan 15-22 Mei itu, manakala barisan pemain yang lain akan diputuskan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) apabila saingan kian hampir.

    Tanpa Chong Wei dan V Shem-Wee Kiong, skuad negara gagal ke separuh akhir dalam kelayakan Piala Thomas di India, Februari lalu. Namun, ranking dunia yang baik membolehkan Malaysia, juara lima beraksi di China.

    Sementara itu dalam Piala Uber, tugas sukar menanti skuad wanita apabila diundi dalam Kumpulan A bersama juara 13 kali, China, selain Denmark dan Sepanyol.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mudah Bagi Skuad Piala Thomas, Getir Bagi Skuad Piala Uber Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top