My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 23 March 2016

    Giliran Brussels Diserang Daesh


    Tiga letupan te­rancang menggegarkan lapa­ngan terbang dan sebuah stesen kereta api metro di Brussels dalam serangan pengganas terbaru di Eropah yang me­ragut sekurang-kurangnya 35 nyawa. Kawalan keselamatan di seluruh Eropah diperketat, manakala sistem pengangkutan di benua itu lumpuh semalam susulan serangan itu yang turut mencederakan 200 orang. 

    Perdana Menteri Belgium, Charles Michel menyifatkan pengeboman itu sebagai “buta, kejam dan pengecut.” “Hari ini hari yang hitam,” kata Michel dalam ucapan yang disiarkan stesen televisyen Belgium.

    Dua letupan menyasarkan dewan utama Lapangan Terbang Zaventem berdekatan kaunter pendaftaran ma­suk penerbangan American Airlines sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan). Pendakwa raya Belgium, Frederic Van Leeuw berkata, serangan kali ini dipercayai dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang pengebom bunuh diri.

    Letupan ketiga pula menggegarkan stesen metro Maelbeek dekat bangunan utama Kesatuan Eropah (EU) semasa pengguna dalam perjalanan ke pejabat pada waktu puncak.

    Jurucakap perkhidmatan bomba Brussels, Pierre Meys berkata, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di lapangan terbang itu, manakala menurut pengendali pe­ngangkutan awam, STIB, lebih 15 mang­sa mati dalam letupan stesen tren bawah tanah Maelbeek dengan 55 yang lain cedera.

    “Seorang lelaki menjeritkan beberapa perkataan dalam bahasa Arab sebelum saya terdengar bunyi letupan yang amat kuat.

    “Ramai orang hilang anggota badan. Seorang lelaki putus kedua-dua kakinya, sementara kaki seorang anggota polis remuk,” kata pegawai keselamatan bagasi lapangan terbang itu, Alphonse Lyoura.

    Siri letupan itu mendorong pihak berkuasa menutup sistem pengangkutan di Brussels. Ibu kota Belgium itu turut menempatkan ibu pejabat EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara.
    Penerbangan dibatalkan sementara perkhidmatan tren metro dan bas turut digantung.

    Serangan berdarah kali ini menyusul selepas penangkapan suspek utama serangan di Paris, Salah Abdelsalam. Dia ditangkap di Paris pada Jumaat lalu selepas empat bulan diburu pasukan keselamatan.

    Dalam perkembangan sama, para pemimpin EU menyatakan perasaan terkejut mereka berikutan serangan itu dan menggesa kerjasama dalam perang menentang keganasan di Eropah. “Seluruh Eropah telah diserang,” kata Presiden Perancis, Francois Hollande.

    Perancis masih trauma susulan serangan berdarah di Paris yang mengorbankan 130 orang pada 2015. Di Lapangan Terbang Zaventem pula, beberapa saksi berkata, letupan kuat itu menyebabkan jubin-jubin pada bumbung jatuh berkecai di lantai dan meninggalkan bau serbuk bahan letupan di udara. 

    “Kami mendengar bunyi letupan dan merasakan gegarannya,” kata seorang penumpang Perancis, Jean-Pierre Lebeau yang baru tiba dari Geneva.

    Menurutnya, dia melihat percikan darah dalam lif. Di stesen Maelbeek, lebih 12 orang yang cedera dirawat oleh petugas kecemasan di kaki lima jalan, kata seorang wartawan agensi berita AFP.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Giliran Brussels Diserang Daesh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top