My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 March 2016

    Muat Turun Aplikasi iDengue Untuk Ketahui Kawasan Bebas Denggi




    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan orang ramai yang mempunyai telefon pintar memuat turun aplikasi iDengue secara percuma untuk mengetahui sama ada kawasan masing-masing bebas denggi atau sebaliknya. 

    Menterinya Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata aplikasi itu diwujudkan bersama-sama Kementerian Kesihatan untuk memantau dan memastikan keupayaan memerangi denggi bukan lagi tanggungjawab hanya satu agensi sahaja tetapi semua pihak termasuk orang ramai.

    “Menerusi aplikasi itu, kita boleh mengetahui sesuatu tempat itu bebas denggi atau sebaliknya sebab maklumat dalam aplikasi itu adalah berdasarkan waktu sebenar dan dikemas kini setiap masa oleh Kementerian Kesihatan.

    “Dengan aplikasi itu juga, rakyat di satu-satu kawasan boleh mengetahui kawasan panas pembiakan denggi…sekiranya mempunyai kes itu, maka kerjasama dengan penduduk perlu dilakukan bagi membersihkan kawasan itu seterusnya meminta agensi berkaitan mengambil langkah pencegahan,” katanya.

    Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Pusat Sains Negara dan tapak pembinaan bangunan satelit bumi di kawasan Laya-Laya, di sini kelmarin.

    Madius berkata MOSTI kini turut mempunyai satu produk inovasi khusus untuk membendung pembiakan nyamuk aedes. Menurutnya, produk yang dihasilkan di New Zealand itu bukan sejenis bahan kimia sebaliknya ia adalah satu elemen yang diekstrak dari badan nyamuk itu sendiri.

    “Produk itu mampu membunuh lava nyamuk di kawasan pembiakan seterusnya memberhentikan pembiakan nyamuk aedes.

    “MOSTI juga telah edarkan lebih kurang 100,000 kit produk itu di beberapa negeri yang menjadi kawasan panas pembiakan nyamuk aedes,” katanya.

    Katanya, Sabah turut memerlukan kit itu walaupun bukan disenaraikan sebagai salah sebuah negeri yang merekodkan kawasan panas kes denggi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Muat Turun Aplikasi iDengue Untuk Ketahui Kawasan Bebas Denggi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top