Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini mengesahkan, objek yang dijumpai di persisiran pantai di Mozambique adalah dari kesan serpihan dari pesawat Boeing 777. Perkara ini disahkan menerusi analisis yang dilakukan oleh Geoscience Australia bersama-sama Australian Transport Safety Bureau (ATSB) yang dilakukan di Canberra, Australia.
Ujian berkenaan dilakukan pada 21 Mac yang lalu dan laporan penuh hasil daripada kajian berkenaan dikeluarkan pada 23 Mac lepas. Ujian dan analisis yang dilakukan oleh ATSB ini turut dibantu oleh pakar-pakar dari Malaysia ICAO Annex 13 Pasukan Penyiasat Keselamatan untuk MH370, wakil dari ATSB, DCA dan Boeing.
Pasukan ini turut dibantu oleh pasukan Geoscience Australua dan Australia Universiti. Menurut laporan berkenaan, dimensi, material dan struktur binaan bahan yang dikaji adalah sama dengan komponen dan salah satu bahagian yang terdapat pada pesawat Boeing 777.
Malah, menurut ujian berkenaan, kedua-dua bahagian berkenaan adalah sama dengan apa yang terdapat pada pesawat Malaysia (MAS). Pasukan penyiasat juga sudah boleh mengambil keputusan bahawa bahagian berkenaan merupakan salah satu panel yang terdapat pada MH370.
Menurut Datuk Seri Liow lagi, lokasi dimana dua bahagian berkenaan dijumpai adalah kosisten dengan apa yang dirangka dan di rumuskan oleh Australian Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSRRO).
Beliau juga berharap kerjasama dari pihak kerajaan Mozambique, Afrika Selatan dan Australia bagi meneruskan kerjasama dan memberikan sokongan diatas usaha pencarian MH370 yang sedang dijalankan hari ini.
Dikesempatan iru juga, beliau yang mewakili Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pengangkutan menzahirkan penghargaan kepada Johnny Begue, Bline Gibson dan Liam Lotter yang telah memeberikan kerjasama penuh dengan menyerahkan serpihan yang mereka jumpa di pantai Mozambique berkenaan kepada pasukan penyiasat.
Semoga komitmen berterusan dari Datuk Seri Liow dan semua pasukan penyiasat yang terlibat akan memperolehi kejayaan dan sekaligus membuka semua rahsia tentang apa yang berlaku kepada pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014.
0 comments:
Post a Comment