Ketua jurulatih Jerman Joachim Loew mengakui beliau kecewa apabila melihat juara dunia itu mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum tewas 2-3 di laman sendiri kepada England di Berlin.
“Selaku pengurus, memang menyakitkan hati apabila kami tewas selepas mendahului 2-0, tapi anda tidak boleh mengatakan kami tidak sepatutnya kalah,” kata Loew yang mengemudi Jerman menjulang Piala Dunia keempat di Brazil 2014.
“Biarpun mendahului 2-0, kami gagal mengawal permainan. Kami menghadapi masalah sewaktu persediaan dan bergelut di bahagian serangan.”
Jerman akan menanti kedatangan Itali di Munich awal pagi Rabu ini dan Loew mengakui masih banyak yang perlu dilakukan pada perlawanan persahabatan terakhir sebelum menamakan skuad untuk Euro 2016.
“Kami sedar ada yang perlu diperbaiki, ada di antara gandingan tidak menjadi dan kurang menyenangkan,” kata Loew.
“Pada babak kedua, kami memberi terlalu banyak ruang. Pertahanan kami tidak mantap, kami kehilangan bola sewaktu serangan balas dan England mempunyai terlalu banyak ruang untuk dieksploitasi penyerang pantas mereka.”
0 comments:
Post a Comment