My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 24 March 2016

    Lelaki Jatuh Sungai Berjaya Diselamat

    LEMAH: Keadaan mangsa tidak bermaya selepas berjaya diselamatkan oleh Noh (duduk) sebelum dia dikejarkan ke HUS. — Gambar JBPM

    Tindakan pantas anggota sukarelawan bomba Kampung Bako berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada lemas selepas tergelincir ke dalam sungai semasa melalui jeti kampung tersebut, semalam. Difahamkan, lelaki yang bekerja sebagai kontraktor sebuah syarikat swasta itu semasa kejadian sedang dalam perjalanan untuk memeriksa meter elektrik penduduk kampung sekitar jam 9 pagi. 

    Bagaimanapun, mangsa yang berusia 58 tahun dan berasal dari Jalan Arang, dekat sini tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. “Ketika itu, Noh Yahim iaitu Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Kampung Bako Indah berada berdekatan tempat kejadian dan terus pergi ke arah mangsa apabila melihat dia (mangsa) terkapai-kapai di dalam air.

    “Mangsa yang dalam keadaan lemah kemudian berjaya dibawa naik ke dalam bot dan seterusnya dihantar ke Klinik Kesihatan Bako untuk rawatan,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak.

    Menurutnya lagi, mangsa selepas diberi bantuan kecemasan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan selanjutnya. Ketua JBPM Kuching Tiong Ling Hii berkata, Noh merupakan anggota sukarelawan yang sangat aktif dan sering menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak bomba.

    “Selain itu, pasukan beliau juga merupakan antara pasukan yang paling aktif setakat ini,” kata Tiong. Seramai lapan anggota yang diketuai Abu Bakar Baijuri turut dikerahkan ke tempat kejadian. Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan masih berada dalam keadaan lemah dan dirawat di Unit Kecemasan HUS.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Jatuh Sungai Berjaya Diselamat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top