Selepas menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama bebas tol di negara ini, Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sekali lagi mencipta sejarah buat rakyat Bumi Kenyalang apabila mengumumkan pemansuhan cukai tanah kediaman berkuat kuasa semalam.
Beliau berkata, dengan pemansuhan tersebut, kerajaan negeri perlu melepaskan sumber pendapatan kira-kira RM8.58 juta setahun ekoran tiada lagi kutipan cukai tanah diperoleh selepas ini.
Pemansuhan tersebut juga katanya, melibatkan tanah pertanian milik pekebun kecil seluas kira-kira 40.46 hektar serta tanah kerajaan. “Berkuat kuasa mulai 15 Mac 2016, tiada lagi cukai dikenakan ke atas tanah berkenaan. Semua tunggakan dan surcaj (jika ada) akan diketepikan.
0 comments:
Post a Comment