My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 March 2016

    ‘Pesta Lalok’ Sambut Hari Lahir



    Keghairahan 12 individu termasuk empat wanita menjadikan sambutan hari lahir sebagai ‘pesta lalok’ di sebuah hotel di Jalan Metro Pudu di sini tidak bertahan lama apabila diserbu sepasukan polis semalam.

    Aktiviti liar kumpulan itu terbongkar selepas sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju me­lakukan Ops Bersepadu Cegah Jenayah bermula pukul 11 malam hingga 1.30 pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, ketika serbuan, kesemua mereka yang berada dalam bilik hotel itu sedang berhibur tanpa menyedari keha­diran polis.

    Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, wujud kegiatan pengambilan dadah dan dipercayai mereka sedang meraikan hari lahir salah seorang suspek yang ditahan.

    “Bilik hotel itu disewa oleh seorang suspek sebelum dia menjemput rakannya yang lain untuk me­nyertai pesta tersebut.

    “Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 20-an. Polis juga menjumpai dadah jenis syabu ketika serbuan dipercayai untuk tujuan berhibur pada majlis berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Pesta Lalok’ Sambut Hari Lahir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top