The Malaysian Insider, sebuah portal yang menyebarkan dakyah fitnah pembangkang, kini sudah sah ditutup penerbitannya. Penutupan ini dipercayai ada hubung kait dengan pengharaman penerbitan portal pemfitnah berkenaan dan kerugian yang ditanggung oleh portal berkenaan sejak dari tahun 2010.

Manakan tidak, penutupan portal berkenaan pada Isnin lalu, hanya diketahui oleh para pekerjanya, pada Ahad, sehari sebelum pengumuman rasmi penutupan portal berkenaan. Malah menurut sumber ini lagi, hampir kesemua pekerja portal berkenaan tidak dibayar pampasan melainkan hanya menerima gaji mereka sahaja.

Bayangkan, bagaimana mereka mahu menyara keluarga, membayar bil-bil dan meneruskan kehidupan mereka selepas ini setelah mereka secara tidak sedar telah diinaya oleh Malaysian Insider.
Kini, hampir kesemua pekerja Malaysian Insider masih lagi belum mendapat pekerjaan bagi meneruskan kehidupan mereka. Adakah ini yang dinamakan ketelusan dan demikrasi yang dilaungkan oleh Malaysian Insider? Sama seperti ketika menjadi suara pembangkang, mereka tidak lebih hanya menunjukkan imej sebenar pembangkang yang sememangnya amat suka menindas rakyat.
0 comments:
Post a Comment