My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 22 March 2016

    Hantu Tanpa Kepala Di Lif Asrama



    Sesetengah bangunan asrama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini ada yang memiliki sistem lif untuk memudahkan pelajar mereka bergerak dari tingkat ke tingkat yang lain dengan mudah jika bangunan berkenaan tinggi. 

    Bagaimanapun, di dalam lif lah sinonim dengan cerita mistik yang menyeramkan dikatakan berlaku di lokasi seperti itu. Jika malam-malam, bersama rakan satu kampus, cerita seram dengan kisah yang terselit berkaitan lif mesti ada diceritakan. Kisah ini, dikatakan kisah benar berlaku di sebuah kampus IPTA di Petaling Jaya, Selangor satu ketika dahulu.

    Di kampus, satu budaya yang takkan hilang ialah menonton filem seram dan hantu di bilik rakan menggunakan komputer riba serta DVD yang dibeli di kedai. Peliknya, ada sahaja cerita atau filem seram yang dibeli dan menjadi koleksi biarpun ada antaranya tak ditayangkan pun di pawagam.

    Kisahnya, seorang pelajar di kampus itu baru selesai menonton beberapa rentetan filem seram di bilik rakan lain di tingkat lapan, tingkat tertinggi di bangunan kediaman pelajar di kampus berkenaan. Bilik, pelajar ini di tingkat tiga yang bermakna dia perlu menggunakan lif untuk kembali ke biliknya di bawah.

    Ketika hendak turun satu antara dua lif yang terdapat di bangunan itu tersekat di tingkat enam dan tidak naik ke tingkat lapan. Ketika sebuah lagi lif sampai di tingkat lapan, dia pun naik dan mula turun.

    Lif yang dinaikinya itu kemudian berhenti di tingkat enam tetapi tiada siapa yang naik kecuali suasana senyap dan sunyi sahaja memandakan waktu itu pun sudah mencecah pukul 3.30 pagi. Dia sudah mula berasa seram dan cepat jarinya menekan supaya pintu lif tertutup dan segera bergerak turun ke tingkat tiga.

    Akhirnya dalam suasana seram, lif berkenaan sampai ke tingkat tiga dan pelajar itu pun keluar bergerak menuju ke bilik. Tiba-tiba, pintu lif sebelah lagi yang tersekat di tingkat enam tadi terbuka di belakangnya di tingkat tiga. Dia tidak mendengar sebarang bunyi tapak kaki keluar dari lif yang berhenti itu.

    Dengan rasa ingin tahu si pelajar ini menoleh, kelihatan seorang lelaki memakai jeans yang koyak seperti berlumuran darah, memakai jaket kulit, memegang helmet…. tetapi…. tiada kepala. Tidak mempercayai apa yang dilihat, termasuk dalam ketakutan… dia terus berlari ke biliknya dan baring menutup muka dengan bantal.

    Dia sampai sekarang masih tidak dapat mempercayai apakah yang dilihat adakah ia emosi ketakutan yang dihadapinya atau sememangnya dia sudah melihat lembaga syaitan berkenaan di kampus yang didudukinya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hantu Tanpa Kepala Di Lif Asrama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top