My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 16 March 2016

    Kemarau Semakin Meruncing

    KEMARAU: Fredolin (kiri) turun padang melihat sendiri pengagihan air terawat di Kampung Minintod. Turut kelihatan KK Ajis Labinson (dua kiri).

    Cuaca panas berpanjangan sejak akhir-akhir ini memberi kesan buruk serta menjejaskan kehidupan harian penduduk lebih 30 kampung di kawasan Inanam, dekat sini, yang mengalami masalah kekurangan sumber air bersih untuk kegunaan harian. 

    Kampung terlibat kesemuanya bergantung kepada sumber air sungai, iaitu menggunakan bekalan air paip graviti untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian termasuk untuk memasak. 

    Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Inanam Fredolin Totin Bangon berkata, berikutan masalah kekurangan air bersih itu semakin kritikal akibat kemarau berpanjangan dan banyak sungai semakin cetek, pihak UPPM Inanam telah bersiap siaga untuk mengatasinya.

    “Ini termasuk melantik beberapa kontraktor untuk menghantar bekalan air terawat menggunakan lori tangki air ke kawasan memerlukan.

    “Usaha menghantar air bersih terawat ke kawasan terjejas telah dimulakan minggu ini di beberapa kampung yang dikenal pasti, termasuk menyediakan tangki air kepada penduduk,” katanya.

    Beliau berkata pihak UPPM Inanam sudah mengarahkan semua pengerusi JKKK mengenal pasti masalah kekurangan bekalan air di kampung masing-masing dengan segera melalui pejabat UPPM atau berhubung terus dengan beliau selaku PPM Inanam.

    Fredolin yang juga Ketua Bahagian PBS Inanam turut melahirkan rasa simpati kepada penduduk terjejas masalah bekalan air bersih dan berharap mereka bersabar kerana usaha mengatasi masalah kekurangan air itu telah dibuat dan ia turut mendapat perhatian Ketua Menteri Sabah.

    Fredolin turut berterima kasih atas tindakan segera oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai, Pengarah Bahagian Kesejahteraan Masyarakat Karim Rahim, serta turut mendapat keprihatinan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Mohd Joh Wid dan Pemangku Ketua Bahagian UMNO Sepanggar Datuk Yaakub Khan, kerana terlibat sama dalam mengatasi masalah kekurangan air bersih di kawasan Inanam.

    Antara kampung-kampung yang terlibat mengalami kekurangan bekalan air bersih ialah Kionsom, Kobuni, Tamalang Silou, Tatahan/Tampasak, Pangasaan, Bantayan, Minintod, Sinagang, Naalap, Sinompuru, Keliangau, Peniang, Binaung, Kolam Air, Pomotodon, Dambai, SK Kionsom, Kiapad, Kawakaan, Kironggu, Kitobu, Sukang Mabpai, Kokol, Kominokod, Malawa, Tenggiling, Mansiang, Harapan, Kayu Madang dan Boronuon.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kemarau Semakin Meruncing Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top