My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 March 2016

    Dari Ultra Melayu, Kini Muhyiddin Bertukar Menjadi Hamba DAP



    Siapa yang tidak mengenali Tan Sri Muhyiddin Yasin. Beliau adalah bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Timbalan Presiden UMNO dimana pada satu ketika dahulu, beliau dikenali sebagai ultra Melayu dan beliau dilihat antara Menteri yang begitu giat memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini.

    Namun itu dahulu, kini beliau lebih rela dirinya menjadi hamba sahaya DAP dan meninggalkan jauh perjuangannya satu ketika dahulu. Semua ini berpunca daripada termakan hasutan yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir yang mahu beliau, Datuk Seri Mukhriz dan Datuk Seri Shafie Apdal bangkit untuk menjatuhkan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

    Muhyiddin kini dilihat sedang menjayakan rancangan beliau untuk menjelajah seluruh Johor bagi menyampaikan ucapan berapinya dimana hampir kesemua ucapan beliau menghentam kerajaan dan UMNO, parti yang masih beliau sertai sehingga hari ini.

    Seperti melupakan apa sahaja ucapan beliau untuk UMNO sebelum ini, beliau dengan begitu giat menghentam UMNO dan Datuk Seri Mohd Najib dengan semua pertuduhan fitnah, sedangkan apa yang dituduh beliau itu telah dijawab sepenuhnya oleh Datuk Seri Mohd Najib dan media secara keseluruhannya.

    Nampaknya, apa yang sedang beliau lakukan ini selaras dengan hasrat DAP untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri kebangkitan kuasa DAP di Malaysia. DAP menerusi Lim Kit Siang sebelum ini menyuarakan hasrat untuk menjadikan Johor sebagai sebuah negeri yang mampu untuk memberkan kemenangan besar kepada DAP.

    Kini, setelah Muhyiddin secara sah menyertai Deklarasi Rakyat anjuran Mahathir-Kit Siang, beliau telah jauh meninggalkan idealoginya sendiri yang memperjuangkan Melayu, hanya untuk menyampaikan semua retorik palsu DAP kepada seluruh rakyat Johor.

    Hebat permainan politik Muhyiddin. Beliau mempergunakan medium yang telah di susun DAP untuk melemahkan UMNO di Johor, sama seperti apa yang dihasratkan oleh DAP sebelum ini. Apa lagi yang ada pada Muhyiddin selain daripada merelakan dirinya menjadi hamba suruhan kepada DAP? Inikah contoh pemimpin yang baik kepada orang Melayu di Johor dan Malaysia secara amnya?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dari Ultra Melayu, Kini Muhyiddin Bertukar Menjadi Hamba DAP Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top