My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 23 March 2016

    Apa Rahsia Hubungan Guan Eng Dan Miss Phang?



    Penjualan banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang oleh indvidu yang bernama Miss Phang terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus menimbulkan banyak persoalan yang masih belum terjawab. Samada dari pihak Guan Eng mahupun dari pihak Miss Phang, kedua-duanya seperti menyembunyikan sesuatu supaya ianya tidak terdedah kepada pihak luar.

    Menariknya, dalam reaksi awal Guan Eng, beliau kelihatan seperti teramat berang isu ini didedahkan oleh Datuk Shabuddin Yahya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor. Malah Guan Eng secara terbuka mencabar Datuk Shabuddin untuk hadir pada "sesi minum kopi" di pejabatnya, Ahad lalu. Namun perlawaan berunsur rasuah ini tidak dilayan oleh Datuk Shabuddin.

    Media pula, secara tiba-tiba diberitahu, penjualan lot banglo ini oleh Miss Phang seumpama hadiah perkahwinan. Secara automatik, media mencari individu yang bernama Miss Phang untuk mendapatkan jawapan dari beliau.

    Seolah menyembunyikan sesuati, Miss Phang juga turut enggan mendedahkan kenapa rumah yang sepatutnya dijual pada harga sekitar RM 6 hingga RM 7 juta ini dijual hanya pada harga RM 2.8 juta. Alasan tanpa kolam renang sebenarnya cukup bodoh untuk diterima akal.

    Seperti menyembunyikan sesuatu, seakan-akan ada hubungan sulit antara mereka, Miss Phang terus menghilangkan diri sehinggalah munculnya Phee Boon Poh, seorang ahli DAP yang pernah mengetuai Pasukan Peronda Sukarela anjuran Guan Eng satu ketika dahulu.

    Dalam satu kenyataan, Phee mendakwa, Miss Phang adalah anak saudara jauhnya dimana rumah yang dijual kepada Guan Eng berkenaan didakwa berhantu dan selalu menjadi bahan sabotaj termasuk pernah dilemparkan bom molotov koktail sebelum ini. Namun begitu, Phee gagal mengemukan sebarang lampiran laporan polis terhadap dakwaannya itu.

    Sekarang, ramai yang semakin keliru, apa sebenarnya helah yang berlaku antara Guan Eng dan Miss Phang. Kedua-dua mreka mengeluarkan kenyataan yang saling bercanggah antara satu sama lain. Adakah mereka cuba menyembunyikan sesuatu? Adakah terdapat satu skandal yang jauh lebih besar daripada apa yang dibongkar oleh Datuk Shabuddin, Jumaat lalu?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Rahsia Hubungan Guan Eng Dan Miss Phang? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top