Seorang artis solekan berbakat mencipta semula babak dan watak dalam cerita dongeng pada kelopak matanya dan hasilnya menjadi semakin hebat. Ada yang menceritakan kisah dongeng srikandi dunia fantasi dan makhluk mitos.
Tal Peleg, artis visual dari Israel begitu meminati fotografi, solekan dan rekaan. Gabungan kemahiran itu membolehkannya mereka mencipta lukisan rumit pada matanya sendiri menggunakan solekan sebelum gambar karya itu dikongsi bersama 271,000 pengikut dalam laman Instagramnya.
Dalam satu rekaan luar biasa, dia melukis Elsa dari filem animasi popular, Frozen, watak heroin berambut perang yang dilukis di bawah keningnya. Bagi menyempurnakan babak itu, Tal mewarnakan garisan bulu matanya putih untuk memberi ilusi seperti salji.
Kemudian, disambung dengan pembayang mata biru untuk kelihatan seperti awan selain kening diwarnakan biru lembut untuk mewujudkan langit di atas Elsa. Karyanya diakhiri dengan batu kristal yang ditampal pada bulu mata bawah dan kening supaya nampak seperti berais.
Pada rekaan lain pula, dia melukis watak Dorothy dan Toto dari Wizard of Oz. Lukisan itu menampilkan jalan berwarna kuning, dilukis dari bulu mata hingga ke kedutan kelopak mata menunjukkan laluan ke bandar Oz sebelum diakhiri dengan pelangi pada garisan bulu mata bawahnya.
Tal melukis sendiri reka bentuk pada kelopak matanya. Dalam setiap kapsyen fotonya, dia meletakkan ringkasan mengenai reka bentuk itu dan produk digunakan. Setiap gambar yang menarik perhatian itu menggunakan pelbagai jenis kosmetik, celak dan berus untuk menciptanya.
Mailonline sebelum ini juga pernah menampilkan reka bentuk oleh Tal, yang pengikut Istagramnya meningkat dari pada 9,000 kepada 271,000 dalam tempoh dua tahun.
0 comments:
Post a Comment