My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 March 2016

    Johan Cruyff Meninggal Dunia



    Johan Cruyff yang juga antara pemain bola sepak terhebat dalam sejarah sukan itu meninggal dunia hari ini pada usia 68 tahun akibat kanser paru-paru menurut kenyataan ahli keluarganya. 

    Cruyff "pergi dalam keadaan yang tenang di Barcelona di sisi ahli keluarganya selepas bertarung dengan kanser," kata satu kenyataan di laman rasmi legenda bola sepak itu. "Suasana yang hiba menyelubungi mereka dan kami berharap anda semua menghormati masa peribadi keluarga mereka yang sedang bersedih."

    Pemain Belanda itu memenangi tiga kejuaraan Eropah bersama Ajax turut merangkul anugerah Ballon d'Or sebanyak tiga kali pada 1971, 1973 dan 1974. Dia kemudiannya turut membimbing Barcelona menjulang kejuaraan Eropah pertama mereka selaku pengendali pada 1992.

    Menerusi kelahiran semula 'Total Football' yang membawa pasukan Belanda itu ke pentas akhir Piala Dunia 1974, Cruyff yang sememangnya penghisap rokok tegar akhirnya mendedahkan dia menghidap kanser paru-paru Oktober tahun lalu. Dia mula berhenti merokok pada 1999 selepas menjalani pembedahan pada jantungnya.

    Berita ini mengejutkan dunia bola sepak dengan kebanyakan pemain memberi penghormatan ke atas pemergian pemain hebat itu.

    "Pemain terhebat sepanjang zaman, Cruyff," kata legenda bola sepak Perancis, Michel Platini.

    "Jersi nombor 14 tidak lagi akan sama selepas ini. Bersemadilah dengan tenang Cruyff," kata bintang Barcelona, Xavi Hernandez merujuk kepada jersi bernombor 14 yang sering dipakai Cruyff. Musuh tradisi Barcelona turut melahirkan kesedihan mereka di atas berita buruk itu.

    "Selamat tinggal untuk legenda bola sepak," kata pemain Real Madrid, Sergio Ramos.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Johan Cruyff Meninggal Dunia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top