Pilihan Raya Umum ke 14 bakal berlangsung dalam beberapa tahun lagi. Ketika ini, semua parti politik negara sedang sibuk menyusun semula saf jentera mereka bagi menghadapi hari penentu, siapa yang akan menerajui Malaysia untuk penggal yang akan datang. Perkara ini tidak terkecuali dengan MCA.

Diakui, dalam masa sekarang, MCA perlu memerhatikan semula gerak jentera mereka samada mereka mampu untuk menggalas harapan yang diberikan oleh kaum Cina terhadap mereka. Selaku Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai pastinya memikirkan, bagaimana mahu menguatkan semula MCA seperti satu ketika dahulu.
Dengan mendukung idealogi Nasionalisme, pastinya beliau mahu memastikan sokongan kaum Cina kembali kepada mereka. Untuk ini, kaum Cina harus sedar, cara berpolitik DAP yang memupuk idealogi ganas, bukanlah yang terbaik untuk negara. Negara mana yang akan aman andai pergeseran antara kaum menjadi pokok utama.

Paling utama, kaum Cina harus mengikis idealogi songsang yang disemai oleh DAP yang telah meracun fikiran kebanyakan kaum Cina di Malaysia. Berpandukan kepada slogan 1 Malaysia yang sentiasa dilaungkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, ketepikan dahulu perbezaan kaum kerana ini tidak membantu Malaysia menjadi aman dan tenteram.
Tidak kira MCA, MIC mahupun UMNO dan lain-lain parti komponen, kita adalah Barisan Nasional yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat di negara ini.
0 comments:
Post a Comment