My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 24 March 2016

    Wujud Satu "Perkampungan" Baharu Di Pulau Pinang



    Disebalik kekecohan yang melanda Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini, telah wujud satu "perkampungan" baharu di negeri Pulau Pinang setelah banyak perkampungan Melayu di sana telah diruntuhkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

    Perkampungan yang dimaksudkan adalah perkampungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dikhabarkan, sejak dari tengah hari tadi, pihak SPRM kini sudah berkampung di Pulau Pinang bagi menyiasat kes salah guna kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
     Perkembangan terbaharu ini berlaku berikutan desakan ramai pihak supaya SPRM menyegerakan siasatan terhadap Lim Guan Eng diatas pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh banyak pihak sebelum ini.

    Kelmarin, SPRM mendedahkan telah menerima sekurang-kurangnya 8 laporan mengenai salah laku yang dilakukan oleh Guan Eng berhubung pemilikan rumah lot banglo di Jalan Pinhorn dan penyelewengan lot tanah di Taman Manggis yang sepatutnya dibangunkan rumah mampu milik tetapi diubah kerajaan pimpinan Guan Eng menjadi lot komersial.

    Malah, pihak SPRM sendiri memberitahu banyak menerima maklum balas dari orang ramai berhubung perkara ini. Sehubungan dengan itu, SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung aduan orang ramai.

    Apa yang pasti, "perkampungan" baharu yang wujud du Pulau Mutiara ini pastinya mengentarkan Guan Eng disaat beliau sendiri berusaha keras menafikan segala tuduhan yang dilemparkan keatas beliau.

    Sudah tiba masanya kebenaran harus dibongkar dan penyelewengan perlu disiasat dengan penuh teliti dan penuh intergiriti. Ketepikan pengaruh politik seperti yang SPRM lakukan semasa menyiasat kes yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib berhubung isu 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion.

    Cuma apa yang diharapkan, tiada seorangpun anggota SPRM bertindak menjadi petualang dengan mendedahkan siasatan yang sedang dilakukan kepada pihak luar termasuk menyebarkan kertas siasatan di laman-laman sosial Facebook dan Whatsapp seperti sebelum ini. Ketelusan SPRM amat diperlukan buat ketika ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wujud Satu "Perkampungan" Baharu Di Pulau Pinang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top