My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 March 2016

    Akhirnya BAM Dan Maybank Berpisah



    SELEPAS menjalin kerjasama menerusi tajaan berjumlah RM41 juta sejak 2011, akhirnya Maybank berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Maybank dilaporkan tidak akan meneruskan komitmen tersebut dan syarikat perbankan terbesar negara itu dikatakan sudah menghantar notis selama tiga bulan kepada BAM bagi memaklumkan penamatan kerjasama berkenaan. 

    Pada Julai 2011 Maybank tampil selaku penaja utama BAM untuk tempoh selama enam tahun dan penajaan tersebut disalurkan secara berperingkat iaitu RM6 juta untuk tahun pertama, diikuti RM7 juta pada tahun-tahun berikutnya.

    Dengan keputusan tersebut, BAM bakal mendapat penaja baharu yang bakal diumumkan pada 28 Mac ini. Pengurus Besar BAM, Lawrence Chew (gambar kecil) bagaimanapun enggan mengulas langkah yang diambil oleh Maybank yang telah menjadi rakan strategik badan induk sukan badminton negara itu sejak mengambil alih penajaan daripada Proton pada 2011.

    Menurut Lawrence, rakan penaja baharu BAM hanya akan diumumkan pada 28 Mac ini dan mereka (penaja baharu) mahu membuktikan bahawa mereka adalah penaja yang lebih baik berbanding Maybank.

    “Begitupun, BAM mengucapkan terima kasih atas komitmen Maybank selama ini dan kami berharap kehadiran penaja baharu mampu mengubah senario badminton negara ke tahap yang lebih tinggi lagi,” jelas Lawrence.

    Untuk rekod, tahun lepas BAM telah menerima tajaan berjumlah RM60 juta daripada syarikat pengeluar barangan sukan, Victor untuk tempoh selama enam tahun yang merangkumi raket serta peralatan lain.

    Ini merupakan tindakan kedua diambil oleh Maybank selepas turut menamatkan komitmen mereka selaku penaja utama Kejohanan Golf Terbuka Malaysia berkuat kuasa tahun ini. Syarikat perbankan itu telah menjadi penaja utama Kejohanan Golf Terbuka Malaysia sejak 2006.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya BAM Dan Maybank Berpisah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top