Seorang wanita melalui detik cemas apabila anak perempuannya berusia tiga tahun yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta dilarikan penjenayah selama hampir sejam di Taman Perpaduan, Tanjung Rambutan di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi itu, kanak-kanak ber-kenaan berada di dalam kereta jenis Proton Waja yang diletakkan di hadapan sebuah kedai runcit dalam keadaan enjin masih hidup.
Difahamkan, wanita terbabit meninggalkan anaknya dan masuk ke dalam kedai berkenaan untuk membeli barang. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sebaik sahaja wanita berusia 30 tahun itu selesai membeli barang, dia kembali semula ke keretanya.
Katanya, suri rumah itu kemudiannya telah ditolak oleh seorang lelaki tidak dikenali sebelum melarikan kereta bersama anak mangsa.
0 comments:
Post a Comment