My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 23 March 2016

    Taktik Bertahan Strategi Kim Swee Hadapi Arab Saudi



    SKUAD bola sepak Malaysia macam sudah tahu apa yang bakal berlaku pada aksi terakhir kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 peringkat Kumpulan A menentang Arab Saudi di Jeddah, Jumaat ini. 

    Perancangan taktikal yang ada dalam fikiran jurulatih, Datuk Ong Kim Swee nampaknya lebih terarah kepada corak bertahan dan ia menggambarkan ‘malapetaka’ bakal melanda skuad negara di bumi Arab itu nanti.

    Menurut Kim Swee, beliau kini mengi­ngatkan barisan pemainnya memberi tumpuan pada aspek bertahan pada perlawanan itu daripada bermain secara terbuka. Pengendali yang berasal dari Melaka itu menjelaskan bahawa barisan kejurulatihan dan pemain telah melakukan analisis terhadap corak taktikal pasukan tuan rumah dan berdasarkan apa yang dilihat, pemain perlu memberi penekanan pada bahagian pertahanan.

    “Pada sesi video tersebut, apa yang saya dapat rumuskan adalah pemain Arab Saudi mempunyai rekod cukup cemerlang dan pemainnya pula memiliki kemahiran individu yang berkualiti. 

    “Sehubungan itu, saya mahu pemain lebih berwaspada terutama ketika diasak pasukan lawan. Meskipun saya jangkakan kita akan lebih banyak bertahan, saya juga menuntut pemain memikirkan cara untuk melakukan serangan balas,” kata Kim Swee ketika dihubungi semalam.

    Sebagai rekod, aksi menentang gergasi Timur Tengah itu merupakan perlawanan rasmi pertama buat pengendali berusia 45 tahun itu sejak dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara tetap untuk membimbing skuad negara pada Januari lalu.

    Mengulas mengenai perancangannya pada saingan tersebut, Kim Swee meng­akui telah mendapat bayangan mengenai pemain mana yang bakal diturunkan, namun segalanya bergantung pada sesi latihan pada hari ini dan esok.

    “Saya telah mempunyai perancangan pemain untuk posisi tertentu tetapi ia bergantung pada sesi latihan pada hari ini dan esok. Bagaimanapun, saya gembira kerana kami mempunyai dua pemain serba boleh untuk setiap posisi.

    “Justeru, jika pemain pilihan utama yang dipilih tidak mencapai tahap kecergasan yang diperlukan pasukan, pemain lain sedia mengisi kekosongan tersebut,” jelasnya lagi.

    Dalam perkembangan sama, Kim Swee percaya hampir keseluruhan pemainnya kini mencapai tahap kecergasan yang terbaik termasuk pemain dari Johor Darul Takzim (Johor DT) dan Perak yang hanya menyertai skuad negara pada Ahad lepas.

     Selepas aksi menentang Arab, skuad kebangsaan akan melayan kunjungan Macau untuk perlawanan persahabatan Kelas A di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 29 Mac ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Taktik Bertahan Strategi Kim Swee Hadapi Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top