My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 21 March 2016

    Pesawat Terbakar Sebelum Terhempas




    Rakaman baharu penerbangan Flydubai FZ981 yang terhempas di Rusia kelmarin menunjukkan pesawat tersebut terbakar sebelum terhempas tidak jauh dari landasan lapangan terbang bandar Rostov-on-Don.

    Video nahas pada pukul 3.50 pagi waktu tempatan itu telah ditayangkan stesen televisyen Life News di Rusia dan dimuat naik ke laman video YouTube. Rakaman tersebut jelas menunjukkan sebuah objek bergerak pantas dalam keadaan dijilat api menjunam ke bumi sebelum terhempas di hujung landasan lapangan terbang Rostov-on-Don.

    Kesemua 55 penumpang dan tujuh anak kapal di dalam pesawat Boeing 737-800 dari Dubai itu terbunuh ketika juruterbang cuba mendarat buat kali kedua ketika cuaca buruk. Siasatan awal menolak serangan pengganas sebagai punca nahas sebaliknya menumpukan perhatian kepada tahap penglihatan rendah disebabkan kabus tebal, hujan lebat dan angin kuat sebagai faktor utama. 

    Penerbangan itu juga didedahkan merupakan kali terakhir buat juruterbangnya, Aristos Sokratous, 37, bersama Flydubai sebelum dia berpindah ke Ireland bersama isterinya yang sarat mengandung untuk memulakan tugas di syarikat penerbangan Ryanair.

    Sokratous yang berasal dari Cyprus mempunyai pengalaman 5,900 jam penerbangan sementara pembantu juruterbangnya, Alejandro Alava, 37, dari Sepanyol mempunyai pengalaman 5,700 jam penerbangan. Selain itu, terdapat dakwaan bahawa Sokratous telah mengabaikan amaran Pusat Kawalan Trafik Udara mengenai gangguan angin kencang berhampiran landasan di lapangan terbang tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pesawat Terbakar Sebelum Terhempas Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top