My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 March 2016

    Keutamaan Menang Besar Bukit Saban, Spekulasi Tidak Relevan



    Datuk Amar Douglas Uggah Embas semalam menegaskan keutamaan beliau ketika ini ialah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Justeru, ujarnya, sebarang spekulasi mengaitkan beliau ketika ini adalah tidak relevan sama sekali.

    “Keutamaan saya sekarang ialah menang besar untuk pasukan Ketua Menteri (Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem) dan Malaysia.

    “Oleh itu, sebarang spekulasi yang mengaitkan saya ketika ini adalah tidak relevan,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

    Uggah yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Betong dan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap Pesaka berkata, beliau hanya akan melepaskan portfolionya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi jika memenangi kerusi itu.

    Uggah berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai spekulasi hangat ketika ini mengaitkan beliau dengan jawatan Timbalan Ketua Menteri.

    Semuanya bermula selepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Debak, Isnin lepas mengumumkan Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang tidak akan bertanding mempertahankan kerusi Layar pada PRN nanti.

    Pengumuman Adenan itu membawa makna berakhirnya kerjaya politik Jabu yang menjangkau 42 tahun. Manakala, Uggah akan bertanding di kerusi Bukit Saban yang kini disandang oleh Robert Lawson Chuat bagi membolehkannya menyertai pasukan Adenan.

    Dilahirkan pada 28 Julai 1955 dan berasal dari Spaoh, Betong, Uggah menjadi Ahli Parlimen Betong selama tujuh penggal bermula tahun 1986.

    Beliau memulakan kerja politiknya dari bawah iaitu selaku Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri (1977-1986), kemudian sebagai Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman (1987-1990), Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (1990-1995), Setiausaha Parlimen di Kementerian Luar Bandar (1995-1999), Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1999-2003), Timbalan Menteri Pengangkutan (2003-2008), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2008-2013) dan kini Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Keutamaan Menang Besar Bukit Saban, Spekulasi Tidak Relevan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top