Bukan sesuatu yang luar biasa apabila kita melihat, Tun Dr Mahathir begitu giat menyerang kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib. Beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk bertindak keluar daripada UMNO hanya semata-mata mahu menarik perhatian para penyokongnya untuk terus bersimpati diatas perjuangannya.
Malah, beliau sanggup untuk mengadakan Deklarasi Rakyat yang kononnya mengangkat beliau selaku wakil dan suara rakyat yang mahu Datuk Seri Mohd Najib berundur. Menariknya, deklarasi ini disertai oleh para pengkhianat UMNO dan juga hampir kesemua pemimpin pembangkang termasuk musuh politik beliau, Lim Kit Siang.
Ketika ditanya, siapakah yang patut menggantikan Datuk Seri Mohd Najib andai gerakan ini berjaya, beliau berkata, beliau tidak kisah siapa pun menjadi Perdana Menteri asalkan bukan Datuk Seri Mohd Najib. Hebatkan dendam kesumat bekas Perdana Menteri Malaysia ini?
Namun hakikat yang cuba diselindungkan selama ini, beliau berang dengan Datuk Seri Mohd Najib yang enggan berkompromi dengannya dalam usaha beliau membawa anaknya, Datuk Seri Mukhriz menjadi Naib Presiden UMNO. Malah, rancangan beliau untuk meletakkan nama anaknya didalam laluan untuk menjadi Perdana Menteri juga tidak disokong oleh Datuk Seri Mohd Najib.
Bagi Perdana Menteri, kelayakan seseorang untuk menjawat jawatan tertinggi negara adalah hasil daripada pilihan ahli UMNO dan rakyat Malaysia itu sendiri. Tiada istilah kompromi mahupun kronisme seperti yang diamalkan oleh Tun M selama beliau memerintah Malaysia.
Oleh kerana itulah, Tun M begitu berang dengan Datuk Seri Mohd Najib sehingga bertindak menjadi duri dalam daging dalam pentadbiran beliau. Ditambah pula dengan pengguguran Mukriz selaku Menteri Besar Kedah, ini menyemarakkan api dendam Tun M terhadap Datuk Seri Mohd Najib sehingga tergamak menjualkan maruahnya kepada pembangkang, hanya mahu melihat kemahuannya direalisasikan oleh pembangkang.
Dalam masa yang sama, Mukhriz dilihat sentiasa berada dibawah bayangan Tun M dengan akan menyokong apa sahaja tindakan Tun M walaupun tindakan itu, jika difikirkan dengan menggunakan akal yang waras, nyata bertentangan dengan prinsip politik yang diamalkan oleh mereka selama hari ini.
0 comments:
Post a Comment