Menteri dalam negeri Turki semalam mengenal pasti pengebom berani mati yang membunuh diri bersama empat pelancong asing di Istanbul sebagai militan yang mempunyai kaitan dengan Daish.
Efkan Ala berkata, pengebom itu warga tempatan, Mehmet Ozturk yang dilahirkan pada 1992 di Gaziantep yang bersempadan Syria. Katanya, Mehmet tiada rekod jenayah dan lima orang lagi turut ditahan bagi membantu siasatan.
Serangan Sabtu lalu itu membunuh lima orang termasuk Memet dan mencederakan puluhan lain. Mangsa maut dua rakyat Amerika-Israel, serta masing-masing seorang warga Israel dan Iran.
Kejadian berlaku di Istiklal, kawasan yang popular dalam kalangan pelancong dengan kedai serta kafe selain mempunyai pejabat kerajaan.
0 comments:
Post a Comment