Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang meneroka lebih banyak tempat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan menarik di negeri ini.
Setiausaha tetapnya Datuk Ginun Yangus berkata langkah itu sebagai usaha kementerian itu memperkenalkan dan mempromosikan pelancongan negeri, khususnya kepada masyarakat antarabangsa.
“Ini termasuk keindahan alam semula jadi sekitar Kadamaian di Kota Belud, Keningau, Kuala Penyu, Beaufort dan Sungai Kinabatangan di Sandakan yang berpotensi sebagai pusat pelancongan berkonsepkan ekopelancongan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran ‘Kedamaian Nature Challenge 2016’ oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan, di Padang Pekan Taginambur di sini semalam.
engenai program aktiviti lasak itu, Pengerusi Persatuan Pelancongan Kedamaian Walter Kandayon berkata program tersebut mampu mempromosikan Kadamaian sebagai sebuah destinasi tumpuan pelancong berteraskan ekopelancongan. Program anjuran persatuan itu disertai lebih 300 peserta terdiri daripada penggemar aktiviti lasak dari seluruh negara.
0 comments:
Post a Comment