My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 22 March 2016

    Jika Najib Disuruh Berehat, Kenapa KJ Pula Enggan Berehat?



    Skandal penyelewengan dan rasuah yang melanda Kementerian Belia dan Sukan yang dibongkarkan oleh SPRM dua hari lalu, masih terus diperkatakan oleh ramai pihak. Melucukan, bagaimana menterinya, Khairy Jamaluddin boleh mendakwa, beliau terlepas pandang dan tidak tahu menahu tentang penyelewengan ini.

    Wang yang berjumlah RM 107 Juta yang dilesapkan oleh pegawai beliau, bukanlah satu amaun yang kecil untuk tidak diambil peduli. Malah, adalah amat tidak masuk akal jika KBS tidak mempunyai auditornya sendiri kerana memandangkan, KBS juga adalah salah satu cabang kerajaan yang mengawal selia segala kegiatan sukan dan belia di negara ini.

    Malah, diberitakan, wang yang dilesapkan itu adalah wang yang sepatutnya digunakan untuk menganjurkan sesuatu acara yang diselia oleh pihak KBS. Jadi adalah amat wajar sebuah kementerian itu mengetahui keluar masuk wang yang digunakan untuk menganjurkan sesuatu acara.

    Dalam hal ini, ramai yang masih ingat bagaimana Khairy Jamaluddin pernah menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk berehat sebentar daripada tugas beliau sebagai Perdana Menteri bagi membolehkan SPRM, PDRM, Bank Negara dan Peguam Negara melakukan siasatan berhubung permasalahan 1MDB dan isu derma RM 2.6 bilion.

    Kenyataan ini seperti mengulangi skrip yang sama dilemparkan oleh Tun M dan kuncu-kuncunya dan pembangkang negara ini yang turut meminta perkara yang sama dilakukan oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri.

    Kali ini, kes yang hampir sama berulang keatas Khairy Jamaluddin. Ramai yang meminta, Khairy Jamaluddin untuk berehat sementara SPRM melakukan siasatan penuh keatas KBS berhubung isu ini. Namun begitu, Khairy dilihat enggan untuk berehat dan masih meneruskan tugas beliau di KBS, bertentangan dengan saranannya keatas Datuk Seri Mohd Najib.

    Untuk ini, kenapa beliau enggan menuruti apa yang beliau sarankan keatas Perdana Menteri sebelum ini? 1MDB dan isu RM 2.6 bilion sudah disahkan tidak menyalahi sebarang undang-undang. Namun dalam isu Khairy, sudah terang lagi nyata, wang yang dilesapkan itu jelas menyalahi undang-undang negara. Sampai bila Khairy masih enggan berehat sementara SPRM menjalankan tugas mereka?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jika Najib Disuruh Berehat, Kenapa KJ Pula Enggan Berehat? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top