My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 March 2016

    Identiti Joker Telah Dikenal Pasti


    Polis te­lah mengenal pasti identiti salah seorang suspek dikenali sebagai Joker yang dipercayai membelasah dua beradik bersama sekumpulan 20 samseng di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Rengit, pekan Rengit di sini Jumaat lalu. 

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, sehubungan itu, pihak polis ingin menghubungi seorang lelaki, Jamaludin Talib, 30, bagi membantu siasatan. Katanya, maklumat mengenai Jamaludin diperolehi melalui ke- terangan yang diambil daripada salah seorang mangsa, Muhamad Fadzilah Salahudin, 28.

    “Polis telah mengenal pasti identiti Joker, bagaima­napun kami masih belum berjaya menjejakinya. Dia dipercayai telah melarikan diri keluar dari Batu Pahat. Buat masa sekarang, seramai empat orang lagi suspek ditahan di sekitar Rengit semalam (kelmarin) bagi membantu siasatan kes ini. 

    “Tangkapan tersebut menjadikan kesemua 23 suspek ditahan setakat ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. Difahamkan, Joker mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk mencederakan anggota polis di negeri ini beberapa tahun lalu selain pernah dipenjara atas kesalahan tertentu.

    Dalam perkembangan sama, abang kepada Muhammad Fadzilah, Harun Al Rashid, 34, yang menjalani pembedahan membuang darah beku pada kepalanya di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru kelmarin masih belum sedarkan diri. Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di talian 07-434 1222.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Identiti Joker Telah Dikenal Pasti Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top