Industri makanan segera negara, satu ketika dahulu sentiasa dianggap sebagai tempat makanan yang selalu dikunjungi oleh golongan yang berkemampuan. Malah ada yang beranggapan, memasuki premis makanan segera, perlu membawa wang tunai yang banyak demi untuk membayar kos makanan yang dipesan.

Perkara ini juga tidak terkecuali dengan semua rangkaian restoran makanan segera McDonald’s. Selain penyediaan makanan yang sememangnya telah dijamin halal, kandungan kalori, tenaga dan proten dalam setiap makanannya juga ditambah baik. Ini penting kerana, selain daripada enak dimakan, ianya juga turut memberikan khasiat kepada pelanggannya.

Ini adalah projek perintis bagi McDonald's yang ingin melihat keberkesanan perlaksanaan cara pembayaran seumpama ini. Andai projek ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan, projek ini akan diperluaskan ke seluruh negara dan ini membolehkan pelanggan-pelanggan di McDonald's menikmati kemudahan tanpa tunai pertama di negara ini.
Ini adalah langkah proaktif pertama yang disediakan oleh McDonald’s, yang pertama seumpamanya di negara ini. Kemudahan ini disediakan sesuai dengan arus kemodenan semasa yang kini tidak lagi meletakkan wang tunai yang banyak sebagai pemudah cara untuk membeli sesuatu.
Malah, transformasi pembayaran yang dilaksanakan oleh McDonald’s ini adalah hasil daripada kerjasama pihak McDonald’s dengan Kumpulan Maybank yang menyediakan kemudahan ini kepada semua pelanggan McDonald’s.

Selain menikmati hidangan yang lazat yang disediakan oleh McDonald’s, keselesaan dan kemudahan pelanggan juga turut diberi penekanan utama oleh McDonald’s untuk memastikan semua rangkaian restoran McDonald’s sentiasa kekal relevan dan mesra pelanggan seperti yang sentiasa ditekankan oleh McDonald’s Malaysia.
0 comments:
Post a Comment