My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 March 2016

    Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS


    Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan minat belian berterusan walaupun mata wang AS kukuh, kata peniaga. Pada 9.03 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0180/0280 berbanding dolar AS daripada 4.0245/0295 pada jam 5 petang semalam. 

    Peniaga berkata, dolar AS teguh berbanding mata wang utama lain meskipun data ekonomi lemah yang dikeluarkan semalam, di sebalik jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah lebih daripada yang dijangkakan.

    Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali pound Britain. Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9307/9397 daripada 2.9354/9408 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.5492/5592 daripada 3.5637/5694.

    Unit tempatan itu meningkat berbanding euro kepada 4.4865/4981 daripada 4.4930/5001 tetapi turun berbanding pound Britain kepada 5.6762/6924 daripada 5.6593/6687.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top