Sejak Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, ramai termakan hasutan pembangkang yang mengatakan bahawa MCA sebenarnya tidak lagi mampu untuk menjadi salah sebuah parti komponen yang berkesan untuk Barisan Nasional. Malah lebih buruk, ada yang mengatakan MCA adalah sebuah parti yang menjadi perisik bagi DAP untuk menjatuhkan Barisan Nasional dari dalam.
Semua ini dilakukan memandangkan kegagalan MCA untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik berbanding Pilihan Raya Umum yang ke 12. Lebih memburukkan keadaan, dikalangan kaum Cina turutterpengaruh dengan dakyah songsang seperti ini sehingga menyebabkan DAP begitu dominan didalam arus politik negara terutamanya kaum Cina di Malaysia.
Di akui, sememangnya MCA seolah-olah kehilangan momentum dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang lalu. Lupakan sebentar apa yang berlaku didalam parti itu sendiri. Apa yang lebih utama, kepercayaan pengundi di semua kawasan yang mereka tandingi demi mahu meraih semula kepercayaan mereka yang telah termakan hasutan dan fitnah pembangkang terutamanya DAP.
Sememangnya, MCA sentiasa menyedari, DAP adalah musuh utama mereka dalam politik. Hakikat ini tidak pernah dinafikan oleh semua ahli MCA mahupun Barisan Nasional. Dalam hal ini, MCA sememangnya sentiasa menyedari hakikat bahawa setiap hari, cabaran politik terutamanya menyebarkan dakyah dan persepsi palsu sentiasa berubah-berubah.
Sebagai salah satu daripada parti komponen Barisan Nasional, pastinya jentera parti sentiasa dimantapkan oleh barisan kepimpinan MCA demi menghadapi pelbagai helah dan persepsi yang sentiasa dilemparkan oleh DAP dan PKR. MCA tidak pernah walau sekalipun melupakan bahawa musuh nyata mereka adalah pembangkang, bukan rakan komponen Barisan Nasional seperti didakwa.
Sehingga kini, hampir semua jentera parti samada sayap pemuda dan wanita MCA giat turun padang mendekati bakal-bakal pengundi bagi menerangkan dasar parti dan kerajaan agar ianya dapat difahami oleh kaum Cina yang mereka wakili sejak sekian lama.
Jadi, adalah tidak masuk akal jika mengatakan MCA hanya bergoyang kaki tanpa melakukan apa-apa untuk kembali memantapkan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke 14.
Seperti yang sentiasa ditegaskan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, kewujudan mereka bukan hanya untuk melengkapkan Barisan Nasional, tetapi perjuangan mereka kekal seperti sebelum ini, iaitu memastikan MCA kekal sebagai suara kaum Cina dan para pengundi yang bakal mereka wakili.
0 comments:
Post a Comment