My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 24 March 2016

    SPRM Terima Lapan Aduan


    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo oleh Ke­tua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

    Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan menyeluruh pihak­nya telah memanggil beberapa saksi dan mengambil dokumen-dokumen yang berkaitan.

    “SPRM juga menerima ba­nyak pertanyaan bila ketera­ngan daripada Guan Eng akan diambil. Keterangannya akan diambil apabila keterangan daripada saksi-saksi diperoleh dan juga bergantung kepada ke­adaan selepas dokumen-dokumen yang diperoleh diteliti.

    “Guan Eng juga boleh datang ke pejabat SPRM pada bila-bila masa untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPRM Terima Lapan Aduan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top