My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 March 2016

    Jumlah Wanita Pembuat Keputusan Syarikat Rendah


    Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) menyasarkan 15 peratus penyertaan wanita di dalam lembaga pengarah atau pembuat keputusan dalam syarikat tahun ini lebih rasional berbanding 30 peratus sasaran diletakkan sebelum ini berikutan angka penyertaan golongan itu masih lagi rendah iaitu pada kadar 13 peratus setakat ini.

    Berdasarkan Laporan Bank Dunia mengenai Pemantauan Ekonomi, wanita di Malaysia mendominasi graduan tempatan sebanyak 60 peratus, namun kadar pembabitannya mencatatkan 53.6 peratus pada 2014 dan ia masih rendah berbanding negara lain di rantau ini termasuk Singapura, Vietnam dan Thailand.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk C M Vignaesvaran berkata, dalam kajian dilakukan pihaknya mendapati dalam kalangan 100 syarikat senarai awam, hanya 11 syarikat mempunyai wanita dalam lembaga pengarah atau pembuat keputusan.

    Beliau berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai langkah memastikan wanita terus mendapat perhatian dalam pembuat keputusan dalam negara ini, namun ia perlu mendapat kerjasama daripada swasta bagi merealisasikan sasaran 30 peratus berkenaan.

    “Di peringkat kerajaan, kita dapati banyak program latihan dan insentif diberikan kepada syarikat bagi memastikan lebih ramai wanita menjadi pembuat keputusan atau berada di dalam lembaga pengarah.

    “Namun, mungkin disebabkan bakat atau kelayakan mereka di dalam syarikat masih tidak mencapai keperluan dikehendaki majikan, maka jawatan kanan tidak memihak kepada mereka,” katanya pada majlis kerjasama HRDF bersama CnetG Asia di sini, semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jumlah Wanita Pembuat Keputusan Syarikat Rendah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top